Thursday, July 17, 2008

tidak aku benci kau

Takdir
Tak siapa yang dapat menduga
Sehari ini kita bergelak tawa
Esoknya kau jauh tak bersapa

Perasaan
Tak siapa yang dapat menentukan
Apa kan dirasa di masa depan
Terkejap kau berhias dengan senyuman
Kemudian pantas ceria kau hilang

Bertemu kita bukan aku yang mahu
Takdir Tuhan aku bersahabat denganmu

Banyak yang kau ajarkan Banyak yang kau berikan Dengan kau aku ketawa Dengan kau aku bercerita Antara semua sahabat Kau yang paling dekat Antara semua teman Kau yang paling ku kisahkan Dengan kau aku manjadi diri sendiri Dengan aku kau ambil berat Kau dan aku sama sahaja Apa yang kau lalui pernah aku lalui Resah kau cukup aku fahami Tapi aku tak punya peluang Berbicara dengan terang Belum sempat aku memperdengarkan Antara kita kau wujudkan garisan

Salah siapa
Salah siapa

Maafkan aku
Andai tidak pernah aku pertimbangkan
Gelisah dan bimbang yang kau rasakan
Pernah aku meluahkan
Apa rasa dan sangkaan
Rupanya bukan persefahaman yang terwujudkan
Hanya kekeliruan
Hanya kegundahan yang tak berhenti
Maafkan aku
Atas semua kepentingan diri sendiri
Tak mengmabil kira kau di sisi
Mungkin aku tak punya saksi dan bukti
Tapi hati aku tak keruan menjaga hati
Mengharapkan denganku kau sentiasa senang
Berbicara denganku kau sentiasa tenang
Supaya persahabatan tak terputus
Tapi takdir...

Hanya satu kuterkilan
Kerana cinta, sahabat kau tinggalkan
Bukan kumerungut bukan juga kumenyalahkan
Hanya ingin mengingatkan
Jangan sudah terlewat baru dikhabarkan
Dikatakan aku tak paham dan tak pernah paham
Sedang selama ini bertopengkan manis senyuman
Terima kasih berulang kau ucapkan
Tapi semalam lain pula kau susun perkataan
Meninggalkan dua hati yang terkilan

Kubenci kau yang semalam
namun kufaham kau yang begitu
harapku kau beroleh ketenangan
Yang kau harap dapat kau ketemukan
Dengan meninggalkan aku
dengan menjauhkan dirimu
Semoga kau bahagia
Doaku kan terus untukmu

2 Comments:

Blogger coratcoret said...

siapa dia?

July 25, 2008 at 8:49 AM  
Blogger nurudin said...

I'll say a little pray for you...
I'll say a lot of prayer for him...

no matter who he is =)

July 28, 2008 at 8:26 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home