Tuesday, June 17, 2008

"adik afrah" x_x


sementara tunggu nak gi balek uni ni, aku lepak2lah jap kat umah.. bukak tenet. pani kat umah sewa susah nak dapat tenet... tah caner bkak2 tetiba banyaklah pulak jumpa blog orang... satu2 aku baca dengan penuh minat. kengkawan kakandaku ramai yang coretkan persitiwa pelbagai pasal pemergian kakandaku... memang mengharukan semuanya..

bagi korang yang tak kenal kakandaku, dia seorang yang sangat tersangatlah baiknya. walaupun dia ni blur yang teramat sangat, dia tetap best. sebagai adik yang umur tak jauh beza sangat, banyak benda yang aku cemburukan dengan kakandaku sorang ni salah satunya, kasih sayang dan persahabatan yang ada kat sekeliling dia memang banyak... ramai orang yang sayang dia.. satu benda yang aku x mampu nak dapatkan... dia ramai kawan, teman dan sahabat yang cintakan dia kerana Allah... yang memang akan ada dengan dia tak kira suka, duka, resah, gelita, gembira, bahagia dan sebagainya. tengok aje masa dia kawen.. tak benti2 orang datang.. dari seluruh pelusuk tempat dan negeri. ramai orang doakan dia bahagia... huhu... masa kak long kawen, memang aku jadi takut.. selalu pk, akan ramai macam ni ke orang yag akan datang raikan dan kongsikan bahagia aku? satu persoalan yang tak mampu aku nak jawab... *_*

masa kakak aku saket, dia ada kawan yang melawat dia.. masa dia hepi, ada kawan nak gelak ngan dia.. masa dia sedih, ada kawan yang lapkan air mata dia.. masa dia jatuh, ada kawan yang angkatkan dia.. masa dia dipuncak, ada kawan yang temankannya, masa dia resah, ada kawan yang pelukkannya.. masa dia gelisah, ada kawan yang tenangkan dia.. subhanallah, beruntung sungguh kakanda aku sorang ni...

bila ditanya pasal kakanda aku, pendapat yang baik2 belaka aku dengar..

"dialah sahabat terbaik yang penah aku kenal..."

"orang yang sentiasa ada bila diperlukan..."

"kawan yang nak dipegang kat dunia, teman yang nak dibawa ke syurga..."

"anak yang patuh dan solehah... anak terbaik..."

"teman seperjuangan dunia akhirat..."

"pendengar yang besar ati dan telinga..."

"kakak yang comel dan selalu senyum..."

kakanda aku memang istimewa.. ilmu kat dada dia tu memang tak terkata... tapi sikap ramah dia buat orang tak rasa kekok. sape yang penah cakap dengan dia tahulah betapa lembut santunya kakanda aku ni.. baru kenal dia dah boleh rasa macam dah berukhuwwah dari dulu... mulut dia tak lekang ngan senyuman ala colgate dan nasihat yang terbaik seorang anak, sahabat, adik dan suami perlukan saat itu dan selamanya... bicara dia mampu lembutkan hati orang... inilah bedanya aku dengan kakanda aku...

kak long, aku bangga menjadi adikmu... biarlah kat mana2 aku pergi pon, orang hanya kenal aku dengan "adik afrah"... kau tetap kakanda aku yang terbaik!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home